No right click here.
If you want anything,
just ASK me :)
Thank You!
PERMAINAN TRADISIONAL TIDAK MEMBOSANKAN!

Tagboard code here :)
Recommended Cbox. Get your own Cbox here
Width - 208px

Thursday, July 24, 2008


Pada cuti sekolah yang lepas, saya dan juga ahli keluarga saya yang lain telah pulang ke kampung. Ketika di kampung, saya terjumpa satu permainan yang berbetuk telur. Saya menunjukkannya ke datuk saya dan beliau memberitahu saya bahawa itu adalah gasing. Beliau pun menunjukkan cara untuk bermain gasing dengan tepat.
Kata datuk, gasing mempunyai berbagai jenis gasing. Jenis-jenis gasing adalah gasing jantung, gasing piring atau leper, gasing kelamar, gasing telur, gasing berembang, gasing Melayu, gasing Cina, gasing buku benang dan gasing pinang. Wahh.. banyak juga ya gasing pada zaman dahulu.
Di saluran "kids central" terdapat satu cerita kartun mengenai gasing. Tetapi ianya dinamakan "BEYBLADE". Perbezaan antara gasing dulu dan beyblade ialah, beyblade dimainkan di atas gelanggang kecil dan gasing pula dimainkan di atas tanah. Gasing pada zaman dahulu mempunyai tali. Untuk menggerakkan gasing, kita harus menarik tali itu. Menarik juga ya permainan gasing ya.
Abang saya sudah mula memanggil saya untuk bermain "beyblade" dengannya. Saya rasa sampai di sini sahaja entri saya untuk kali ini.
Sekian, Assalamualaikum

Written @ 3:14 AM


Tuesday, July 22, 2008




Saya pasti ramai yang tahu mengenai permainan ini. Jikalau kamu tidak tahu apakah permainan ini dan bagaimana untuk bermain dengannya, saya mempunyai jawapan kepada soalan itu.
Gambar yang berada di atas itu adalah salah satu permainan tradisional yang gemar dimainkan oleh kanak-kanak perempuan. Permainan ini dinamakan Batu Seremban. Ia juga dikenali sebagai Selambut atau Serembat.
Ingin tahu bagaimana untuk bermain dengan Batu Seremban? Jangan risau, saya akan mengajari kamu semua. Cara untuk bermain permainan ini memang mudah. Batu seremban mempunyai 5 buah. Kamu haruslah mencampakkan buah itu satu demi satu dan harus menangkapnya. Jika buah kamu jatuh ke lantai, maka permainan ini dikira mati dan permainan harus diserahkan kepada permain yang lain.
Ingin cuba? Jangan takut untuk mencubanya kerana ia boleh menjadi satu permainan yang amat menyeronokkan. Semoga entri saya untuk hari ini membawa faedah kepada orang ramai. Amin.
Sekian, Assalamualaikum

Written @ 1:44 AM


Monday, July 21, 2008


Ketika di sekolah rendah, saya gemar bermain teng-teng bersama kawan-kawan saya semasa waktu rehat. Teng-teng itu di cat di atas lantai. Tahukah anda bahawa teng-teng adalah permainan tradisonal? Untuk pengetahuan anda, teng-teng ialah permainan tradisonal yang sering dimain oleh kanak-kanak perempuan daripada lelaki. Ia juga dikenali sebagai "Ketiting". Pelik bukan?
Sebab-sebab permainan ini sering dimainkan oleh kanak-kanak perempuan ialah kerana permainan ini mungkin tidak begitu lasak serta memerlukan tenaga yang banyak dan ianya memerlukan pemerhatian di gelanggang yang agak kecil sahaja.
Cara untuk bermain permainan ini amat mudah. Sebelum bermain, undian akan dijalankan bagi
menentukan permain pertama, kedua, ketiga & seterusnya. Bagi memulakan permainan, pemain hendaklah mencampakkan gundu ke dalam petak pertama dengan cara membelakangkan petak, begitu juga jika pemain telah berjaya melepasi pusingan pertama, kedua dan seterusnya cara mencampakkan gundu adalah sama. Jika gundu tidak masuk ke dalam petak yang ditentukan atau terkeluar ia di anggap mati dan hilang giliran. Pemain lain mengambil giliran pula.
Pemain dikehendaki melompat kedalam kesemua petak dengan sebelah kaki, kecuali di petak sembilan dengan kedua belah kaki. Tetapi bagi pemain yang baru sahaja memulakan permainan dimana gundu berada di petak pertama, maka pemain hendaklah melompat terus ke petak ketiga, tanpa memijak di petak kedua. Begitu juga dengan lompatan disetiap petak, seandainya pemain terpijak garisan ia dianggap mati dan giliran pemain lain mengambil alih permainan.
Setelah pemain melompat kembali ke garisan permulaan, setibanya di petak kedua dan keempat, pemain hendaklah memijak dengan kaki kanan di petak kedua dan kaki kiri di petak keempat. Setelah itu pemain dikehendaki melompat ke petak ketiga pula dengan hanya sebelah kaki dan seterusnya gundu hendaklah dikutip di petak pertama lalu melompat ke petak pertama dan terus ke garisan penamat.
Setiap pemain tidak dibenarkan memijak petak dimana gundu berada di dalamnya, samada kepunyaan sendiri atau pihak lawan, jika ini berlaku ia dikira mati, giliran pemain seterusnya mengambil alih permainan.
Menyeronok bukan? Kamu semua harus mencuba permainan ini kerana ia juga boleh menjadi senaman. Bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan, saya cadangkan anda bermain permainan ini. Manalah tahu berat badan anda boleh menurun.
Sekian, Assalamualaikum.

Written @ 5:04 AM


Sunday, July 20, 2008

Teman-teman sedang sibuk membuat wau ketika di Selangor.



















Pada cuti sekolah yang lalu, pelajar-pelajar melayu dari kelas 2 Normal Academic & Ekpres telah pergi ke Selangor. Saya amat bertuah kerana terpilih untuk pergi ke Selangor. Di Selangor, banyak permainan tradisional dimainkan. Antara permainannya ialah seperti Congkak, Wau dan sebagainya. Kali ini, saya akan berkongsi cerita mengenai Wau. Untuk pengetahuan anda, ibu saya dari Kelantan, jadi saya tahu serba sedikit mengenai wau dan saya dengar wau berasal dari negeri Kelanatan.
Permainan Wau juga dikenali sebagai layang-layang. Wau dicipta dalam berbagai bentuk. Antara betuk yang dicipta ialah Wau burung, wau pari, wau katak, wau bayan, wau merak, wau kucing, wau jala budi, wau lenggang kebayan, wau sewah dan wau barat.
Ingin tahu bagaimana untuk membuat wau.? Pembuatan sesebuah wau agak rumit dan memakan masa, dari kerja-kerja meraut buluh untuk dijadikan rangka, mengimbang stabilkan kepak sehingga melekatkan kertas pada rangka wau tersebut mengambil masa dua minggu untuk siap. Rangka buluh tulang belakang wau lebih besar daripada kepaknya, kemudian diikat dengan menggunakan benang mengikut bentuk serta jenisnya.
Rangka yang telah disiapkan akan ditampal dengan tiga lapis kertas nipis dan lutsinar dengan berlainan warna. Lapisan pertama menggunakan kertas berkilat, lapisan kedua menggunakan warna yang berbeza dan bercorak awan larat iaitu bercorak pucuk rebung atau bunga cengkih yang telah ditebuk. Pada lapisan ketiga pula corak berlainan yang telah ditebuk ditampalkan.
Di bahagian kepala atau muncungnya serta dihujung kiri dan kanan kepak, akan dihiasi dengan rambu-rambu halus yang berwarna warni menambah cantik lagi rupanya. Busul akan diregangkan di bahagian belakang tengkuk wau, agar ianya mengeluarkan bunyi dengung apabila diterbangkan diudara. Busul diperbuat dari daun rembia atau mengkuang yang telah direndam dan dilurut lalu dibiarkan kering. Ia berbentuk seperti alat memanah. Tali teraju diikatkan di antara bahu kepak dan tulang belakang sebelah bawah wau bagi mengimbangi wau - Teraju Tiga.
Susah bukan? Saya pasti ramai yang akan berkata "bukankah elok jika kita beli sahaja wau dan bermain dengannya?" Tetapi, jika kita membuat sendiri, kita akan berasa puas hati.
Cara bermain wau memang mudah. Ia memerlukan 2 orang untuk bermain wau iaitu seorang akan memegang wau dan seorang lagi dipanggil juru anjung yang memegang tali. Apabila angin bertiup maka tali akan ditarik melawan arus angin dengan cara menghulur dan menarik talinya sehinggalah wau tersebut tinggi di udara. Kilauan cahaya matahari akan menambah cantik lagi wau yang dihias berwarna-warni.
Di masa kini walaupun wau masih mendapat tempat dikalangan masyarakat Melayu tetapi layang-layang juga tidak kurangnya telah mendapat perhatian oleh masyarakat tempatan dan juga antarabangsa. Pelbagai bentuk dan corak layang-layang telah dicipta, ada layang-layang yang berbentuk orang, kapal berangkai dan ada yang dimainkan dengan menggunakan dua utas tali. Kebanyakkan pertunjukan wau dan layang-layang masih mendapat tempat di Malaysia, terutama ketika hari-hari sambutan perayaan atau pertandingan wau antarabangsa.
Banyak juga informasi tentang wau ini. Sebahagian informasi saya mendapat dari ibu saya dan sebahagian yang lain saya membuat kajian di internet. Semoga anda semua tidak jemu untuk membaca blog saya mengenai permainan tradisonal kerana ia membawa faedah.
Sekian, Assalamualaikum.



































































































Written @ 1:56 AM


Monday, July 14, 2008


Masyarakat Melayu mempunyai pelbagai jenis kebudayaan yang digarap daripada pelbagai keturunan. Lantaran resam yang demikian maka banyak permainan tradisional yang dipertandingkan. Permainan tradisional telah berupaya membentuk sebahagian daripada kehidupan yang dilalui oleh nenek moyang kita. Asas penting yang menjamin kesinambungan permainan tradisional pada masa lalu ialah keseragaman cara hidup nenek moyang kita.
Setiap kali saya pulang ke kampung nenek saya, saya pasti akan bermain congkak bersama saudara-mara saya. Saya berasa sangat seronok apabila bermain congkak sehingga saya merayu kepada ibu bapa saya supaya membelikan saya congkak supaya saya boleh bermain bersama adik-beradik saya yang lain ketika berada di Singapura. Di Singapura kita jarang melihat permainan tradisional seperti congkak, gasing dan sebagainya.
Jika kamu semua hendak tahu, congkak ialah sejenis permainan tradisional melayu yang menggunakan papan kayu berlubang atau lubang di atas tanah dan buahnya daripada biji congkak, biji getah, biji guli dan lain-lain. Di utara semenanjung, congkak juga dikenali sebagai Jongkok.
Cara untuk bermain congkak.? Ah.. mudah sahaja. Dua orang pemain duduk berhadapan menghadap papan congkak, dimulakan dengan kedua-dua pemain serentak mencapai buah di kampung masing-masing dan memasukkan buah satu demi satu di dalam lubang kampung dengan pergerakan dari kanan ke kiri hingga ke rumah dan kampung lawan. Gerakan diteruskan hingga buah yang terakhir pada tangan dimasukkan dalam kampung kosong di kawasan sendiri. Mudah bukan? Kamu semua harus mencuba bermain permainan congkak ini. Saya pasti kamu semua akan berasa seronok sekali.

Written @ 6:06 AM





PENULIS BLOG INI
Nama saya Siti Amirah Bte Sapuan
Keluarga dan teman-teman saya memanggil saya MIA secara ringkas.
Saya dilahirkan pada tanggal 10hb November 1994.
Saya sedang menimba ilmu di sekolah menengah Fuchun.
Bold Underline Strikeout
Teman-Teman
Lily ♥
Friend ♥
Friend ♥
Friend ♥
Friend ♥
Friend ♥
Friend ♥
Friend ♥
Friend ♥
Melodies


MusicPlaylist

The Memories
July 2008
Many Thanks
Designer: %BLUE.pink-
Basecodes: %MOOOx-LOVE
Inspirations: x-taintedlove
Materials: Lovecandied
Others: Blogskins, Photobucket
Skin layout edited with Paint program