
Ketika di sekolah rendah, saya gemar bermain teng-teng bersama kawan-kawan saya semasa waktu rehat. Teng-teng itu di cat di atas lantai. Tahukah anda bahawa teng-teng adalah permainan tradisonal? Untuk pengetahuan anda, teng-teng ialah permainan tradisonal yang sering dimain oleh kanak-kanak perempuan daripada lelaki. Ia juga dikenali sebagai "Ketiting". Pelik bukan?
Sebab-sebab permainan ini sering dimainkan oleh kanak-kanak perempuan ialah kerana permainan ini mungkin tidak begitu lasak serta memerlukan tenaga yang banyak dan ianya memerlukan pemerhatian di gelanggang yang agak kecil sahaja.
Cara untuk bermain permainan ini amat mudah. Sebelum bermain, undian akan dijalankan bagi
menentukan permain pertama, kedua, ketiga & seterusnya. Bagi memulakan permainan, pemain hendaklah mencampakkan gundu ke dalam petak pertama dengan cara membelakangkan petak, begitu juga jika pemain telah berjaya melepasi pusingan pertama, kedua dan seterusnya cara mencampakkan gundu adalah sama. Jika gundu tidak masuk ke dalam petak yang ditentukan atau terkeluar ia di anggap mati dan hilang giliran. Pemain lain mengambil giliran pula.
Pemain dikehendaki melompat kedalam kesemua petak dengan sebelah kaki, kecuali di petak sembilan dengan kedua belah kaki. Tetapi bagi pemain yang baru sahaja memulakan permainan dimana gundu berada di petak pertama, maka pemain hendaklah melompat terus ke petak ketiga, tanpa memijak di petak kedua. Begitu juga dengan lompatan disetiap petak, seandainya pemain terpijak garisan ia dianggap mati dan giliran pemain lain mengambil alih permainan.
Setelah pemain melompat kembali ke garisan permulaan, setibanya di petak kedua dan keempat, pemain hendaklah memijak dengan kaki kanan di petak kedua dan kaki kiri di petak keempat. Setelah itu pemain dikehendaki melompat ke petak ketiga pula dengan hanya sebelah kaki dan seterusnya gundu hendaklah dikutip di petak pertama lalu melompat ke petak pertama dan terus ke garisan penamat.
Setiap pemain tidak dibenarkan memijak petak dimana gundu berada di dalamnya, samada kepunyaan sendiri atau pihak lawan, jika ini berlaku ia dikira mati, giliran pemain seterusnya mengambil alih permainan.
Menyeronok bukan? Kamu semua harus mencuba permainan ini kerana ia juga boleh menjadi senaman. Bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan, saya cadangkan anda bermain permainan ini. Manalah tahu berat badan anda boleh menurun.
Sekian, Assalamualaikum.
Written @
5:04 AM