Pada cuti sekolah yang lalu, pelajar-pelajar melayu dari kelas 2 Normal Academic & Ekpres telah pergi ke Selangor. Saya amat bertuah kerana terpilih untuk pergi ke Selangor. Di Selangor, banyak permainan tradisional dimainkan. Antara permainannya ialah seperti Congkak, Wau dan sebagainya. Kali ini, saya akan berkongsi cerita mengenai Wau. Untuk pengetahuan anda, ibu saya dari Kelantan, jadi saya tahu serba sedikit mengenai wau dan saya dengar wau berasal dari negeri Kelanatan.
Permainan Wau juga dikenali sebagai layang-layang. Wau dicipta dalam berbagai bentuk. Antara betuk yang dicipta ialah Wau burung, wau pari, wau katak, wau bayan, wau merak, wau kucing, wau jala budi, wau lenggang kebayan, wau sewah dan wau barat.
Ingin tahu bagaimana untuk membuat wau.? Pembuatan sesebuah wau agak rumit dan memakan masa, dari kerja-kerja meraut buluh untuk dijadikan rangka, mengimbang stabilkan kepak sehingga melekatkan kertas pada rangka wau tersebut mengambil masa dua minggu untuk siap. Rangka buluh tulang belakang wau lebih besar daripada kepaknya, kemudian diikat dengan menggunakan benang mengikut bentuk serta jenisnya.
Rangka yang telah disiapkan akan ditampal dengan tiga lapis kertas nipis dan lutsinar dengan berlainan warna. Lapisan pertama menggunakan kertas berkilat, lapisan kedua menggunakan warna yang berbeza dan bercorak awan larat iaitu bercorak pucuk rebung atau bunga cengkih yang telah ditebuk. Pada lapisan ketiga pula corak berlainan yang telah ditebuk ditampalkan.
Di bahagian kepala atau muncungnya serta dihujung kiri dan kanan kepak, akan dihiasi dengan rambu-rambu halus yang berwarna warni menambah cantik lagi rupanya. Busul akan diregangkan di bahagian belakang tengkuk wau, agar ianya mengeluarkan bunyi dengung apabila diterbangkan diudara. Busul diperbuat dari daun rembia atau mengkuang yang telah direndam dan dilurut lalu dibiarkan kering. Ia berbentuk seperti alat memanah. Tali teraju diikatkan di antara bahu kepak dan tulang belakang sebelah bawah wau bagi mengimbangi wau - Teraju Tiga.
Susah bukan? Saya pasti ramai yang akan berkata "bukankah elok jika kita beli sahaja wau dan bermain dengannya?" Tetapi, jika kita membuat sendiri, kita akan berasa puas hati.
Cara bermain wau memang mudah. Ia memerlukan 2 orang untuk bermain wau iaitu seorang akan memegang wau dan seorang lagi dipanggil juru anjung yang memegang tali. Apabila angin bertiup maka tali akan ditarik melawan arus angin dengan cara menghulur dan menarik talinya sehinggalah wau tersebut tinggi di udara. Kilauan cahaya matahari akan menambah cantik lagi wau yang dihias berwarna-warni.
Di masa kini walaupun wau masih mendapat tempat dikalangan masyarakat Melayu tetapi layang-layang juga tidak kurangnya telah mendapat perhatian oleh masyarakat tempatan dan juga antarabangsa. Pelbagai bentuk dan corak layang-layang telah dicipta, ada layang-layang yang berbentuk orang, kapal berangkai dan ada yang dimainkan dengan menggunakan dua utas tali. Kebanyakkan pertunjukan wau dan layang-layang masih mendapat tempat di Malaysia, terutama ketika hari-hari sambutan perayaan atau pertandingan wau antarabangsa.
Banyak juga informasi tentang wau ini. Sebahagian informasi saya mendapat dari ibu saya dan sebahagian yang lain saya membuat kajian di internet. Semoga anda semua tidak jemu untuk membaca blog saya mengenai permainan tradisonal kerana ia membawa faedah.
Sekian, Assalamualaikum.